Homestay Murah di Melaka - Untuk Muslim dan Keluarga Sahaja

As salam pengunjung Izzi Homestay,

Izzihomestay - ruang meletak kereta - 2 buah kereta dalam satu-satu masa
Sejak dilancarkan pada Disember 2011, harga kami masih tidak berubah, iaitu kekal pada kadar RM150/malam tak kira hujung minggu, cuti umum atau cuti sekolah. Anda mendapat harga penginapan yang rendah sepanjang tahun. InsyaAllah dalam masa terdekat kami akan menutup sementara operasi bagi menjalankan kerja-kerja renovasi di ruang dapur. Kami juga akan menambahbaik servis dengan menempatkan mesin basuh dan Astro pakej Njoy di homestay. Bagi mengekalkan harga yang rendah, aircond tidak akan kami pasang. 

Memandangkan tetamu kami hampir keseluruhannya muslim, kami akan terus menghadkan homestay untuk tetamu muslim sahaja. Tidak timbul masalah diskriminasi kepada agama lain dan sebagainya kerana keputusan diambil setelah menyemak rekod tempahan sepanjang 2 tahun kami beroperasi. Rekod menunjukkan lebih 98% pertanyaan untuk tempahan datang daripada pelanggan muslim. 


Kami juga menolak tempahan dari pasangan yang belum berkahwin. Kumpulan mesti terdiri daripada keluarga atau bersaudara. 

Kami tidak akan berkompromi dengan aspek kebersihan. InsyaAllah, bersama kami anda akan dapat homestay lengkap dengan kemudahan asas yang tidak mengabaikan aspek kebersihan. Sekiranya anda mendapati kebersihan homestay tidak memuaskan semasa check in, sila maklumkan kepada pihak kami. Untuk makluman, kerja-kerja pembersihan dilakukan secara kontrak oleh pihak ke tiga yang dipantau oleh pihak kami.

Homestay murah di Melaka

Dengan kadar sewaan RM150/malam, Izzihomestay termasuk dalam kategori penginapan yang murah untuk anda sekeluarga. Anda hanya membayar RM150 untuk sebuah rumah Semi D setingkat yang luas dan mampu untuk menampung 2 buah keluarga dengan selesa.

Lokasi rumah di atas bukit menyediakan pengudaraan semulajadi dengan udara yang segar dan nyaman sepanjang masa.

Ruang tamu yang selesa dengan sofa dan set jati

TV berserta Astro Njoi dan DVD player di ruang tamu

3 bilik disediakan untuk tetamu dengan setiap satu dilengkapi dengan katil bersaiz queen, almari baju, meja solek, penyangkut tuala dan sejadah. Bilik utama mempunyai bilik air sendiri. Bilik air kedua terletak bersebelahan ruang dapur. Bilik ke 4 adalah untuk kegunaan tuan rumah dan dikunci setiap masa.

Bilik utama dengan perabot potongan moden


Bilik 2: kemas dan simple adalah motto kami



Bilik 3 juga dengan katil queen


Pandangan dari ruang tamu ke ruang makan

Untuk tetamu yang ingin memasak sendiri semasa berada di Melaka, kami menyediakan dapur elektrik satu tungku berserta peralatan memasak. Microwave juga ada untuk tetamu memanaskan makanan agar makanan yang terhidang sentiasa panas :)





Seterika dan board turut disediakan


Dapur yang ringkas tetapi lengkap