Dengan kadar sewaan RM150/malam, Izzihomestay termasuk dalam kategori penginapan yang murah untuk anda sekeluarga. Anda hanya membayar RM150 untuk sebuah rumah Semi D setingkat yang luas dan mampu untuk menampung 2 buah keluarga dengan selesa.
Lokasi rumah di atas bukit menyediakan pengudaraan semulajadi dengan udara yang segar dan nyaman sepanjang masa.
 |
| Ruang tamu yang selesa dengan sofa dan set jati |
 |
| TV berserta Astro Njoi dan DVD player di ruang tamu |
3 bilik disediakan untuk tetamu dengan setiap satu dilengkapi dengan katil bersaiz queen, almari baju, meja solek, penyangkut tuala dan sejadah. Bilik utama mempunyai bilik air sendiri. Bilik air kedua terletak bersebelahan ruang dapur. Bilik ke 4 adalah untuk kegunaan tuan rumah dan dikunci setiap masa.
 |
| Bilik utama dengan perabot potongan moden |
 |
| Bilik 2: kemas dan simple adalah motto kami |
 |
| Bilik 3 juga dengan katil queen |
 |
| Pandangan dari ruang tamu ke ruang makan |
Untuk tetamu yang ingin memasak sendiri semasa berada di Melaka, kami menyediakan dapur elektrik satu tungku berserta peralatan memasak. Microwave juga ada untuk tetamu memanaskan makanan agar makanan yang terhidang sentiasa panas :)
 |
| Seterika dan board turut disediakan |
 |
| Dapur yang ringkas tetapi lengkap |