Semak kalendar Izzihomestay

As salam semua..

Untuk makluman tetamu yang dihormati, masa daftar masuk/check in dan daftar keluar/check out kami adalah tetap iaitu check in pada 2.00 petang dan check out pada 12.00 tengahari hari berikutnya. Sewaan bukan dalam bentuk 24 jam penginapan.

Sila semak kalendar kami untuk melihat tarikh yang masih kosong, sebelum membuat tempahan.

Tarikh yang bertanda busy dan berwarna biru gelap bermaksud tiada kekosongan/telah ditempah. Untuk tempahan, call/sms/whatsapp kami di talian 013 7392800




Sila baca Terma dan Syarat Izzihomestay


As salam semua,

memandangkan masih ada tetamu yang tidak mematuhi peraturan yang telah ditetapkan, mohon baca dulu terma dan syarat sebelum anda membuat tempahan... antara yang penting:


  1. Kami hanya menerima tetamu berkeluarga atau kumpulan yang terdiri daripada perempuan sahaja atau lelaki sahaja.
  2. Tidak dibenar menganjurkan party sama sekali di premis kami. Jika hendak BBQ, perlu maklumkan kepada tuan rumah atau wakil saya terlebih dahulu.
  3. Hormati kejiranan. Bagi menjaga hubungan baik antara tuan rumah dan jiran tetangga, diharapkan tetamu tidak membuat bising selepas jam 10 malam. Mohon kerjasama kawal anak-anak anda.
  4. Patuhi undang-undang yang telah ditetapkan - notis ada ditampal dan disediakan untuk disemak dan dibaca di dalam premis.
Kegagalam mematuhi syarat menginap, saya sebagai pemilik Izzihomestay atau wakil saya berhak untuk menamatkan penginapan anda.

Terima kasih,
Izzihomestay, Oktober 2014



Izzi Homestay Ayer Keroh: Penambahbaikkan perkhidmatan, harga kekal murah!

As salam,

kami kembali beroperasi selepas ditutup selama 3 minggu untuk kerja-kerja renovasi. Alhamdulillah kerja-kerja renovasi berjalan lancar dan dapat disiapkan mengikut jadual. Hasilnya dapur Izzi Homestay kini berwajah baru ;). Sebuah mesin basuh automatik turut disediakan untuk kegunaan tetamu yang menginap bersama kami. 

dapur berwajah baru ;)

Homestay juga disediakan dengan TV bersama perkhidmatan Astro NJOI.



SMS/Call/Whatsapp kami di 013-7392800 untuk pertanyaan dan maklumat. Terima kasih.


Izzi.Homestay Ayer Keroh