Untuk membuat tempahan, ikuti langkah berikut:
- Hubungi Izzi.Homestay di 013 7392800 untuk pastikan kekosongan bagi tarikh yang dikehendaki.
- Pihak Izzi.Homestay akan memberikan harga sewa pada kadar semasa.
- Anda dikehendaki membuat bayaran deposit sebanyak RM50 (tidak akan dikembalikan jika berlaku pembatalan daripada pihak pelanggan - RM 50 tersebut akan disalurkan terus ke Pusat Bimbingan Al Islah).
- Bayaran hendaklah dibuat ke akaun Izzi.Homestay. No akaun akan diberikan hanya setelah persetujuan untuk membuat tempahan dicapai antara kedua belah pihak.
- Sila maklumkan pihak Izzi.Homestay setelah membuat bayaran deposit dan emailkan slip bayaran ke izzi.homestay@gmail.com atau whatsapp ke 013 7392800
- Maklumkan tarikh sampai untuk proses daftar masuk dan serah kunci di lokasi yang ditetapkan oleh pihak Izzi.Homestay.
- Bayaran penuh secara tunai semasa proses serah kunci perlu dibuat dan pelanggan akan diberikan resit bayaran (deposit RM50 akan dipotong dari jumlah kadar sewa).
- Baca Terma dan Syarat untuk syarat tambahan.
Izzi.Homestay
Disember 2011
Malaysia-Homestay